بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Apa itu Program5?
Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT, sekiranya ada masa yang terluang, saya akan mengadakan #Program5 dimana saya akan mengaji secara live di Facebook saya.
Dengan ini, kita boleh mengaji bersama-sama dan dapat:
- memperbaiki cara sebutan huruf
- menyemak sendiri tajwid bacaan
- melancarkan bacaan Al-Quran
Program ini saya namakan #Program5 kerana kebanyakan masa kita akan mengaji bersama-sama sebanyak 5 ayat saja dalam satu sesi.
InsyaAllah, #Program5 akan saya adakan jam 9 malam, bila kelapangan.
Jom #Program5 ini. Percuma!
Ya, belajar secara percuma. Boleh ajak kawan-kawan sekali bagi memeriahkan majlis ini nanti.
Sertai #Program5 Sekarang!
Pastikan anda sertai Facebook group ini.
Untuk masuk dan menjadi ahli, tekan butang dibawah: