Kelas Mengaji Online Kaedah Ebataj – Kelas Ngaji Quran Ipoh

Kelas Online Belajar Al-Quran

SERONOK MUDAH BERSISTEMATIK

Pengasas kaedah Ebataj, 

Ustaz Firdaus

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Saya Ustaz Mohd Firdaus Abdullah, berasal dari Parit Buntar dan kini menetap di Ipoh. Saya bapa kepada 2 orang anak soleh dan solehah. 

Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan Permatang Tok Mahat Nibong Tebal, menyambung peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Tahzib Titi Seorang Parit Buntar.

Kemudiannya saya menyambung pelajaran peringkat Diploma di Kolej Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam jurusan Usuluddin pada tahun 2000-2003 dan menyambung pelajaran peringkat Ijazah Di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska) Pekan Baru pada tahun 2003- 2005 dalam bidang Usuluddin pengkususan Perbandingan Agama. 

Saya juga mendapat Diploma Pendidikan di IPG Kampus Ipoh pada tahun 2008. Kini berkidmat sebagai guru agama di SK Jalan Pegoh, Ipoh. 

Selain mengajar disekolah, saya juga meluangkan masa untuk mengajar mengaji Al-Quran pada golongan orang dewasa di Ipoh dan kawasan sekitarnya. Alhamdulillah, beberapa guru Quran turut membantu saya dalam mengajarkan Kaedah Ebataj ini. 

Jika anda benar-benar ingin belajar cara mudah dan santai, inilah berita baik untuk anda! 

Teruskan bacaan anda ini sampai habis. 

MENGAJI AL-QURAN KAEDAH EBATAJ?

Saya faham ramai yang nak mengaji tapi tak semua yang berjaya. Sebenarnya ramai yang perlukan kelas mengaji yang: 

Atas sebab itulah saya mencipta kaedah Ebataj ini! 

Kaedah Ebataj adalah satu kaedah baru belajar mengaji Quran yang direka khas untuk golongan dewasa. 

Ebataj merupakan singkatan bagi Eja, Baca dan Tajwid. Inilah asas konsep kaedah ini dimana proses pembelajaran dimulakan dengan proses eja, kemudian baca dan seterusnya dibaca dengan tajwid.

Dengan penekanan 3 peringkat ini, proses belajar menjadi lebih sistematik. Inilah sebab kenapa anda perlu mengaji menggunakan Kaedah Ebataj.

MODUL LENGKAP

Dari mengenal huruf sampai cara membaca secara bertajwid. Tak perlu risau walaupun sebelum ni tak reti satu huruf pun.

KAEDAH SISTEMATIK

Kaedah yang diformulasikan dengan susunan dan penerangan yang tersusun bagi memudahkan pemahaman.

TEKNIK Mudah

Menggunakan kaedah yang mudah dipelajari. Nak belajar baca bertajwid pun tak perlu nak hafal setiap nama hukum tajwid.

SERONOK BELAJAR

Suasana santai, seronok dan tak perlu pun rasa stress dan segan-segan. Lagi mudah nak faham bila seronok belajar.

"Belajar Mengaji Quran Cara Mudah & Menyeronokkan"

Belajar Cara Mudah..

Tak perlu stress kerana kami ajar cara santai saja. Kami usahkan supaya suasana yang tenang dan menyeronokkan. InsyaAllah, lagi mudah nak faham bila seronok belajar.

Selain itu, kelebihan belajar online dengan kami adalah peserta kelas boleh menonton semula siaran jika terlepas.

Dalam kelas online kami, boleh gunakan PC atau handphone untuk tujuan pembelajaran.

Modul Lengkap

MODUL LENGKAP

Dari mengenal huruf sampai cara membaca secara bertajwid. Tak perlu risau walaupun sebelum ni tak reti satu huruf pun.

SISTEMATIK

Susunan tajuk dirangka untuk memudahkan proses belajar

Modul 1: Semangat Tajwid

Modul 2: Semangat Membaca Al-Quran

Setiap peserta akan diposkan buku modul yang akandigunakan dalam kelas online ini.

Jaminan Belajar Sampai Celik Al-Quran

Jaminan khas iaitu belajar sampai pandai ini adalah sebahagian polisi kami untuk memastikan setiap peserta benar-benar celik Al-Quran setelah mendaftar dan menyertai kelas mengaji kami.

Untuk itu, semua peserta akan dikekalkan dalam group Facebook dan Telegram sampai bila-bila untuk kemudahan mengulangkaji semula pelajaran. 

Sertai Sekarang!

Kami bantu dari peringkat mengenal huruf sampai boleh baca Quran. Kemudian kami akan berikan latihan supaya diakhir program ini, peserta dapat

  • membaca surah Al-Fatihah dgn bacaan bertajwid
  • menbaca surah-surah lazim dengan lancar
    boleh mula menghafal surah
  • boleh membaca doa-doa ringkas

SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Untuk siapa kelas mengaji Quran ini?
J: Kelas belajar Quran ini khas untuk dewasa sahaja

S: Di manakah kelas ini dijalankan?
J: Kami akan jalankan kelas ini secara live di Facebook group dan ulangkaji di group Telegram.

S: Adakah yang perlu digunakan semasa kelas? 
J: Setiap peserta akan diposkan modul dan dikehendaki merujuk padanya sepanjang sesi pembelajaran.

S: Saya tak pandai, huruf pun tak semua kenal. Boleh sertai?
J: Ya, andalah yang kami nak bantu anda! Kelas bermula dengan asas mengenal hurul sampai boleh baca Quran. 

S: Ada sesi ulangan jika saya tertinggal kelas? 
J: Ya, tiada masalah sebab boleh tengok semula video live pada lain masa.

S: Adakah saya akan kekal masuk dalam group Facebook selepas 
J: Ya, supaya anda boleh ulangkaji pelajaran yang lepas.

Sertai Sekarang!

Tekan butang dibawah untuk Whatsapp saya untuk pertanyaan dan pendaftaran pengambilan kelas online terbaru. 

DAFTAR MELALUI

WHATSAPP

Ilmu Dunia Banyak Manfaatnya di Dunia..

Ilmu Akhirat Manfaatnya di Dunia Sampai Akhirat..