Jom Belajar Bacaan Al-Fatihah yang betul
Pernahkah kita tanya diri kita, “betulkah bacaan Al-Fatihah saya selama ini?”
Rakan-rakan yang saya hormati..
Penting untuk kita menyemak bacaan Al-Fatihah kita. kalau salah dibaca maka tak sempurnalah solat kita. Malah ada solat yang terbatal sebab kesalahan bacaan yang terlalu serius!
Sebab itulah kita kene semak balik bacaan Al-Fatihah kita.
InsyaAllah Ustaz nak bantu secara percuma. Ambillah peluang ini untuk betulkan bacaan Al-Fatihah supaya:
- Lebih yakin untuk sempurnakan Solat kita
- Dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah yang sempurna kepada arwah tersayang.
- Dapat pastikan anak-anak membaca Al-Fatihah dengan betul.
Ini video ringkas bacaan Al-Fatihah yang betul. Boleh ulangi video ini dan bandingkan dengan bacaan kita sendiri:
Sebaiknya kita berdepan dan baca supaya bacaan kita dapat disemak dan diperbetulkan terus.
Untuk itu, saya sediakan peluang untuk saya dengar sendiri dan betulkan terus bacaan tuan-tuan & puan-puan.
Percuma saja usah segan-segan. Yang penting kita dapat sempurnakan ibadah kita selepas kita menyemak dan memperbetulkan semula kesilapan kita bila membaca Al-Fatihah.
InsyaAllah kita guna Whatsapp. Hantarkan audio ke Whatsapp saya dan saya akan dengar dan betulkan mana bahagian yang silap.
Untuk hantarkan bacaan untuk saya semak, isikan borang yang telah disediakan ini.
Selepas itu tekan butang “Send” untuk terus Whatsapp saya.