JOM BELAJAR MENGAJI QURAN CARA

SERONOK... MUDAH... SISTEMATIK...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Dari HQ Ebataj

Assalamualaikum wbt

Selamat Datang..

Sedikit pengenalan dari saya, Mohd. Firdaus Abdullah, pengasas Kaedah Ebataj. 

PENGUMUMAN KELAS TERKINI KAEDAH EBATAJ

Perkembangan Covid-19

Dengan mengambil kira perkembangan Covid-19 di negara kita, dimana kes masih tinggi dan program vaksin mengambil masa yang lama untuk sampai ke semua lapisan masyarakat, maka pihak pengurusan kami memutuskan supaya mengadakan kelas online bagi terus membantu mereka yang ingin mengaji. 

Apa BEZA KELAS ONLINE DENGAN SEBELUM INI..?

Sebelum PKP kami adakan kelas dimana peserta hadir ke rumah mengaji selama 2 jam seminggu. 

Dengan adanya kelas online, peserta tidak perlu keluar rumah dan boleh belajar mengikut masa yang ada. Lebih fleksible dan sesuai dengan keadaan sekarang dimana duduk dirumah adalah lebih baik.

Dengan mengaji secara online, kita sebenarnya turut membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Marilah kita terus mengaji dan tingkatkan amalan kita sepanjang musim pandemik ini. Semoga usaha kita terus diberkati Allah SWT. InsyaAllah..

Pengumuman kelas mengaji terkini:

𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐑𝐎𝐍𝐎𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈

BELAJAR DARI KOSONG SAMPAI BOLEH MENGAJI

Alhamdulillah.. Dengan pengalaman sekian lama mengajar Quran, terhasillah modul baru terbitan saya sendiri, iaitu Kaedah Ebataj yang berkonsepkan peringkat Eja, Baca & Tajwid dalam membaca Al-Quran.

InsyaAllah dengan modul ini saya usahakan supaya: 

  • menjadikan pembelajaran lebih santai
  • membantu melancarkan bacaan Al-quran
  • mengenal hukum tajwid dan membaca dgn cara mudah
  • membimbing sampai boleh baca Al-quran
  • belajar dengan cara yang lebih cepat
Untuk info dan pendaftaran, picit butang bawah ini: 

Boleh baca tapi tajwid masih tak mahir? Biar kami bantu:

GILAP TAJWID ANDA CARA MUDAH

Kelas Online Pengukuhan Tajwid

Kelas ini bertujuan bagi mereka yang sudah boleh membaca Al-Quran untuk digilap bab Tajwid

Sesi Taklimat pada 8/8/2021 jam 3.30 petang

Kelas setiap ahad jam 3.30 petang

Belajar mengikut modul selama 4 bulan

Konsep belajar dari mengenal dan menyebut makraj dan sifat huruf sehingga jenis- jenis hukum tajwid

Untuk info dan pendaftaran, picit butang bawah ini: 
kelas-tajwid

PERCUMA: Khas bagi yang nak belajar baiki bacaan Al-Quran

JOM SERTAI PROGRAM PERCUMA: SEMANGAT NGAJI

Program ini sesuai bagi yang dah boleh membaca Al-Quran.

kami bantu baiki baccan secara bertajwid. Pendaftaran dan penyertaan adalah percuma:

Ilmu Dunia Banyak Manfaatnya di Dunia..

Ilmu Akhirat Manfaatnya di Dunia Sampai Akhirat..

Kelas mengaji ini dianjurkan oleh ustaz Mohd Firdaus khas buat golongan dewasa yang menghadapi kesukaran untuk membaca Al-Quran. Sepanjang kami mengadakan kelas belajar al-Quran di Ipoh, Manjoi dan sekitarnya, kami dapati ramai yang tidak dapat membaca Quran dengan lancar. Antara punca masalah ini adalah disebabkan berlaku kekeliruan dengan huruf, dan ada juga kerana tak mengenal langsung huruf hijaiyah. Bagi yang kenal huruf Quran, hukum tajwid pula yang menjadi masalah. Kelas tajwid di Ipoh pula tidak begitu banyak. 

Menyedari betapa pentingnya untuk mengajurkan kelas belajar al-quran khas untuk golongan dewasa, kami bertekad untuk menggunakan kaedah Ebataj sebagai modul pembelajaran di kelas mengaji Quran kami.

Ini kerana, modul ini disusun dan diajar secara bersistematik, mudah faham dan boleh mewujudkan suasana yang santai jika dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman. Bermula dari mengenal huruf hingga mempelajari hukum tajwid, kelas Al-Quran dewasa ini sudah boleh menghabiskan modul dalam masa hanya tiga bulan sahaja. Satu lagi keistimewaan kaedah ini, pelajar kelas tidak perlu menghafal semua hukum tajwid secara terperinci tetapi masih boleh membaca al-quran dengan baik tanpa melanggar pun hukum tajwid.

Kami sentiasa menyeru supaya team kami mengajarkan kelas mengaji quran ini secara santai dan mewujudkan suasana ceria supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. InsyaAllah, kami bantu anda belajar mengaji dari kosong iaitu mengenal huruf hijaiyah sampai boleh membaca Quran secara bertajwid. Untuk maklumat lanjut, atau pendaftaran kelas ngaji AlQuran dewasa di Ipoh, Manjoi dan sekitarnya, bolehlah hubungi kami untuk jadual kelas mengaji yang terbaru.